Anda Selalu Berasa Cemburu Dengan Si Dia? Ketahui Makna Di Sebalik Cemburu Anda Di SiniCemburu adalah perasaan emosi negatif yang timbul hasil daripada sesuatu yang mencabar kredibiliti ataupun status seseorang manusia. Walaupun cemburu dilabelkan sebagai perasaan emosi yang negatif, namun cemburu dapat memberi kebaikan kepada seseorang jika cemburu dikaitkan dengan kejayaan dan pencapaian seseorang. Perasaan cemburu ini akan mendorong seseorang itu untuk memotivasikan dirinya kea rah kejayaan. Di dalam perhubungan cinta, perkataan cemburu adalah sesuatu yang tidak asing lagi. Cemburu di dalam perhubungan cinta boleh member kebahagian dan juga boleh membawa kehancuran. Lelaki tercipta dengan sifat- sifat agung yang tersendiri dan sememangnya kaum ini telah pun dilengkapi dengan perasaan cemburu. Lebih- lebih lagi perasaan ini sering aktif di dalam perhubungan cinta mereka. Mengapa perlu cemburu jika katakan cinta? Perasaan cemburu seorang lelaki bermaksud perasaan sayang yang mendalam. Apabila mendapati wanita idaman ataupun pasangannya bercakap ataupun berjalan dengan lelaki lain maka, hadir perasaan tercabar kerana mendapati cintanya tergugat. Cemburu maknanya sayang. Namun, cemburu didalam perhubungan cinta juga akan membawa kepada keburukan dan tindak laku yang negatif. Buktinya, keadaan zaman ini sendiri menampilakan kes bunuh, rogol, dan bunuh diri yang bermotifkan cemburu. Di sebalik perasaan cemburu seorang lelaki, tersirat rasa kasih sayang dan perasaan mempertahankan cintanya kepada wanita idaman ataupun pasangannya. Perasaan cemburu lelaki tersimpan suatu kuasa cinta yang cukup kuat untuk mewujudkan perasaan kasih sayang yang agung. Daripada perasaan cemburu ini lahirlah perasaan keliru dan kurang selesa. Hakikat sebenarnya anda sayang dan cinta wanita idaman anda ataupun pasangan anda. Buktinya, Jika anda lelaki, “Bayangkan wanita idaman anda ataupun pasangan anda keluar dengan lelaki lain (rakan pejabat, kawan lelaki, kenalan baru, kawan anda sendiri)” Apakah perasaan anda?
Saya yakin dan pasti walau apa pun jawapan yang cuba anda sampaikan, cemburu merupakan salah satu perkataan yang keluar daripada mulut anda. Jika anda berada di dalam keadaan dilema,tidak yakin untuk menyelesaikan masalah cinta anda tetapi percaya ianya masih mampu diselamatkan dengan menggunakan strategi yang betul, dapatkan panduan Seni Selamatkan Cinta secepat mungkin. Bekas Pencinta Kecewa, AF Hazwan
|