Hubungan Anda Tidak Akan Pergi Jauh Tanpa 'X'“Bayangkan anda seorang yang bekerja”, bangun pagi anda akan mandi dan bersarapan pagi. Kemudian, anda akan terus ke tempat anda bekerja. Seperti biasa anda akan lakukan rutin pekerjaan anda. Sehari suntuk anda bekerja semata- mata kerana wang ringgit untuk keperluan anda dan keluarga. Tanpa menghiraukan penat lelah, siang dan malam, hari berganti hari akhirnya hujung bulan anda menerima habuan anda iaitu gaji. Keadaan ini berterusan bulan demi bulan, tahun demi tahu dan mungkin sepanjang hayat anda. Pernahkan anda terfikir; Apakah RAHSIA disebalik ketekunan dan kerajinan anda bekerja? Jawapannya adalah KOMITMEN. Segala- galanya anda sanggup lakukan kerana anda berkomitmen untuk bekerja. Cinta perlukan komitmen. Perhubungan cinta tiada komitmen daripada kedua- dua pasangan akan cenderung ke arah perpisahan. Hubungan rumah tangga yang tiada komitmen akan cenderung ke arah penceraian. Banyak faktor dan aspek penting yang boleh dijadikan komitmen hubungan cinta anda. Sebagai contoh:
Contoh di atas adalah matlamat anda dan pasangan anda. Matlamat ini adalah faktor dan aspek yang akan mewujudkan komitmen di dalam perhubungan cinta anda dan pasangan anda. Komitmen adalah ikatan ke arah perhubungan cinta yang berkekalan. Anda dan pasangan anda perlu berbincang mengenai tahap komitmen hubungan cinta anda. Dengan ini, anda dan pasangan mampu menentukan matlamat masing- masing di dalam kehidupan sendiri dan hubungan cinta anda. Lumrah sesebuah hubungan pasti ada pertengkaran kecil dan besar. Jika keadaan ini berlaku, ikatan komitmen antara anda dan pasangan anda memainkan peranan yang penting dan efektif untuk menangani permasalahan yang berlaku. Jika anda berada di dalam keadaan dilema,tidak yakin untuk menyelesaikan masalah cinta anda tetapi percaya ianya masih mampu diselamatkan dengan menggunakan strategi yang betul, dapatkan panduan Seni Selamatkan Cinta secepat mungkin. Bekas Pencinta Kecewa, AF Hazwan
|