Kadangkala Anda Boleh Membaiki Hubungan Anda Dengan Memberi Ruang Kepada Pasangan Anda

Adalah menjadi lumrah manusia yang sukakan sesuatu yang baru dan kurang sukakan sesuatu yang lama. Kebiasaannya yang baru akan dijaga dan yang lama akan dibiarkan.

Di dalam perhubungan cinta juga berlaku perkara yang hampir sama. Setiap pasangan saling mengharapkan yang terbaik daripada pasangan masing- masing. Bukan sekadar yang terbaik tetapi perubahan yang membawa kepada pembaharuan.

Apakah yang berlaku jika perubahan dan sesuatu yang diharapkan daripada pasangan anda tidak berlaku?

Kemungkinan anda dan pasangan akan beralih arah antara satu sama lain. Perpisahan adalah sesuatu yang anda berdua akan fikirkan. Berfikir kearah perpisahan bermaksud anda berdua merancang untuk mengkahiri perhubungan cinta anda. Pada saat ini persoalan yang timbul adalah “Masihkah ada harapan untuk perhubungan cinta anda?

Tidak semua pertemuan harus diakhiri dengan perpisahan. Hari ini anda miliki sebuah perhubungan cinta adalah hasil daripada komitmen dan kesungguhan anda dan pasangan anda sejak di awal perhubungan.

Apa yang patut anda dan pasangan anda lakukan adalah memberi ruang antara diri masing- masing. Antara ruang yang saya maksudkan adalah:

  • Ruang untuk meningkatkan taraf kehidupan
  • Ruang untuk memahami sifat masing- masing
  • Ruang untuk memahami keperluan masing- masing
  • Ruang nntuk memperbetulkan keadaan diri dan keluarga
  • Ruang untuk berubah kea rah kebaikan

 

Terdapat ratusan lagi contoh ruang yang saya yakin dan pasti terdapat di dalam senarai kehidupan anda. Anda perlukan ruang dan pasangan anda juga perlukan ruang. Ruang bukan untuk perpisahan tetapi ruang untuk berfikir dan memperbaiki kesilapan masing- masing. Dengan keadaan ini, anda dan pasangan akan menemui kebaikan dan harapan sebelum memilih untuk berpisah,

Berterus terang dengan pasangan anda jika anda perlukan ruang daripada pasangan anda. Begitu juga apabila pasangan anda sendiri yang memerlukan ruang. Kaji dan fahami keperluan ruang masing- masing. Selebihnya terletak pada keputusan anda dan pasangan.

Jika anda berada di dalam keadaan dilema,tidak yakin untuk menyelesaikan masalah cinta anda tetapi percaya ianya masih mampu diselamatkan dengan menggunakan strategi yang betul, dapatkan panduan Seni Selamatkan Cinta secepat mungkin.

Bekas Pencinta Kecewa,

AF Hazwan






©2007-2009 Hak Terperlihara SeniCinta. Segala maklumat seperti nama dan email anda dijamin selamat dan tidak akan diedarkan di luar lingkungan laman SeniCinta. Maklumat di laman SeniCinta adalah berdasarkan pendapat peribadi penulis dan tidak berkaitan dengan mana-mana pihak.
Jika anda ingin menyelamatkan cinta anda, Panduan Seni Selamatkan Cinta boleh membantu anda dalam masa terdekat ini.